Jumlah Pelawat

Sabtu, 4 Jun 2016

Kepentingan Air Kepada Manusia


Air Untuk Manusia , Air oleh Manusia



Tuhan telah mewujudkan air di bumi kita . Air telah membawa banyak manfaat dan kegunaan dalam kehidupan kita tetapi sebahagian manusia tidak menggunakan dan memperalatkan air dengan baik . Air merupakan salah satu keperluan asas yang menemani kita sepanjang hayat . Air merupakan sumber yang sangat penting dari dulu sehinggalah sekarang . Oleh itu , kita perlu menggunakan air dengan berjimat-cermat . Hadis ada mengatakan bahawa anak -anak umpama sehelai kain putih , ibu bapa berperanan untuk mencorakkanya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depan . Ibu bapa haruslah menyuntikkan nilai berjimat-cermat dan kepentingan menggunakan air dengan bijak ke dalam sanubari anak sejak kecil kerana bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya , amalan yang baik perlulah dipupuk sejak kecil . Saya akan menggunakan peluang yang keemasan ini untuk menyenaraikan kepentingan air kepada manusia kepada anda melalui blog ini . 

Antara kepentingan air kepada manusia ialah : 




( 1 ) Kita menggunakan air untuk menjalani kehidupan harian dengan memasak . Kita mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan air . Kita juga menggunakan air untuk membuat persiapan masakan .

( 2 ) Kita menggunakan air untuk memandi , memberus gigi , mencuci tangan dan muka dan sebagainya .


( 3 ) Keperluan air sangat penting bagi memajukan bidang pertanian . Kita memerlukan air untuk menyiram hasil tanaman dan pokok bunga . Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan imej negara kerana mengeksport hasil tanaman ke luar .



( 4 ) Kewujudan air juga mendorong bidang perindustrian di negara kita memaju kerana negara kita menggunakan kapal laut atau ferri untuk mengangkut barang-barang yang banyak ke tempat lain atau ke luar negara . Ini telah menjimatkan kos berbanding dengan menggunakan kapal terbang .


( 5 ) Air sangat penting untuk pengushawan kilang makanan dan minuman. Kilang menggunakan air untuk menghasilkan produk mereka .

( 6 ) Air juga dikenali sebagai keperluan asas bagi ketiga-tiga sumber hidup iaitu manusia , haiwan dan tumbuhan . Oleh itu , ketiga-tiga sumber hidup ini tidak dapat hidup  sekiranya air di bumi kita pupus .

( 7 ) Air dikenali sebagai ejen perkumuhan untuk membantu kita melupuskan racun yang terdapat di dalam badan kita . Racun ini akan dibuang keluar melalui saluran kencing kita .


( 8 ) Air dapat membantu kita untuk mengekalkan suhu badan .


( 9 ) Air dapat membantu kita untuk meningkatkan tenaga .


( 10 ) Air dapat membantu kita untuk mencerahkan kulit .





















































11 ulasan:

  1. Maklumat yang tepat dan bagus, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Maklumat laman web ini lagi bagus daripada laman web lain . Sangat bagus !

    BalasPadam
  3. Wah , gambar di sini sangat menarik dan 3D.

    BalasPadam
  4. Banyak maklumat yang dapat membantu saya . Terima kasih

    BalasPadam
  5. VERY NICE AND GOOD INFORMATION FOR YOUR GIVEN THAT .

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas sokongan anda semua . Semua gambar ini telah saya menggunakan banyak masa untuk mencari dan memilih . Oleh itu , saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang suka photo dalam blog ini .

    BalasPadam
  7. Gambar dan maklumat yang bagus.*^*

    BalasPadam