"Kita
tidak dapat hidup tanpa menggunakan
air" . Ayat
ini sering dilaungkan-laungkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dan orang awam tetapi orang yang menghargai air di bumi ini
tidak ramai . Oleh itu , apakah peranan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab
untuk menjimatkan air dalam kehidupan harian kita ?
Antara langkah-langkah untuk menjimatkan air dalam kehidupan harian ialah :
( A ). Menutup pili air semasa memberus gigi .
( B ). Menggunakan air yang mencuci beras untuk mengiram pokok bunga atau membersihkan longkang .
( C ). Menutup pili air apabila tidak digunakan .
( D ). Periksa saluran-saluran air yang ada di seluruh rumah kita, jika ada paip yang rosak atau saluran yang bocor sekecil mestilah segera diperbaiki.
( E ). Menggunakan tangki tadahan hujan untuk menyimpan air hujan supaya dapat mengurangkan kos penggunaan air . Kita boleh menggunakan air hujan yang dikumpul untuk menjalankan aktiviti seperti menyiram pokok bunga , mencuci tangan , membersihkan longkang , bermandi , mengemop lantai , mencuci sayur-sayuran , mencuci kereta atau motosikal dan membasuh pinggan .
( F ). Menetapkan jangka masa semasa memandi untuk mengelakkan pembaziran air . Kurangkan masa madian .
( G ). Kita boleh menyiram pokok pada waktu malam untuk mengelakkan pemelewapan .
( H ). Tutup paip pancuran semasa menyabun badan .
( I ). Jangan selalu menggunakan alat perenjis air dalam kebun sayur kerana ia akan menyebabkan pembaziran air yang banyak .
( J ). Menanam tumbuhan hiasan yang memerlukan air yang kurang seperti kaktus .
( K ). Penuhikan mesin basuh . Penuhi mesin basuh dengan pakaian yang hendak dicuci .
( L ). Melaporkan kepada pihak yang berkuasa apabila mendapati kebocoran paip air di rumah .
( M ). Lakukan cucian sekalis gus .
( N ). Kurangkan kekerapan mencuci kereta .
( O ). Menyediakan segelas air untuk untuk memberus gigi untuk mengelakkan pembaziran air .
( P ). Menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian .
( Q ). Gunakan pancuran mandi bertekanan rendah .
( R ). Menggunakan syampu atau sabun yang kurang berbuih .
( S ). Meletakkan bekas di bawah basuh bunga untuk mengelakkan air keluar daripada lubang saliran pasu bunga .
( T ). Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang
banyak di kawasan rumah anda .
( U ). Meletakkan mangkuk di bawah paip air yang bocor
supaya air tidak membazirkan .
( V ). Sentiasa memeriksa alat penghawa dingin di rumah
supaya tidak mengeluarkan titisan air .
( W ). Mengisikan air di dalam baldi untuk mencuci kereta .
( X ). Mengelakkan menggunakan sabun untuk mencuci kereta
sekiranya kereta masih berada dalam keadaan yang bersih kerana penggunaan sabun
yang banyak akan menyebabkan pembaziran air .
( Y ). Mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam baldi
.
( Z ). Sekiranya anda menjatuhkan kiub ais di atas lantai ,
jangan membuang kiub ais tersebut sebaliknya meletakkan ke dalam pasu bunga .
Bulan sudah terang , air lagi jernih , kita perlu
mengamalkan INGAT SEBELUM KENA , JIMAT SEBELUM HABIS untuk menggunakan air dalam kehidupan harian kita . Kita jangan memandang hina terhadap isu ini kerana air merupakan salah satu sumber yang sangat berharga dan penting dalam kehidupan kita dan kita tidak dapat hidup tanpa menggunakan air . Sudah terang lagi bersuluh , saya berharap agar 26 cara ini dapat membantu anda untuk menjimatkan air dan marilah kita sehilir semudik untuk mengamalkan tabiat penjimatan air dalam kehidupan harian kita .