Jumlah Pelawat

Khamis, 30 Jun 2016

10,000 Jumlah Pelawat


Selamat Datang Ke Laman Web Air Untuk Manusia , Air Oleh Manusia




Kami telah mencapai 10,000 jumlah pelawat .

Terima kasih atas sokongan anda selama  ini .


Punca-punca pemcemaran air

Punca-Punca Pencemaran Air



Pencemaran air sering menjadi tajuk perbincangan yang hangat tidak kira berada di warung mamak atau dewan parlimen . Walaupun kerajaan telah melaburkan banyak wang untuk menggantung poster di jalan raya tentang kesan pencemaran air kepada manusia tetapi cara ini tidak dapat menyedarkan rakyat . Saya berharap saya dapat menggunakan peluang yang keemasan  ini untuk memberikan contoh punca-punca pencemaran air kepada semua orang yang melihat blog saya supaya dapat mengatasi masalah pencemaran air di negara kita .


1. Pembuangan sampah ke dalam sungai .

2. Pihak pengurusan kilang yang tidak bertanggungjawab mengalirkan sisa toksik ke dalam sungai . 

3. Tumpahan minyak daripada kapal-kapal di atas laut .

4. Penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman .

5. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal .


Walau bagaimanapun , aktiviti pencemaran air yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab telah mendatangkan banyak kesan buruk dalam kehidupan kita . Oleh itu , apakah kesan-kesan pencemaran air ?


1. Sisa perindustrian sering mengandungi banyak sisa toksik yang akan menjejaskan kesihatan hidupan akuatik.

2. Kualiti air yang tidak baik telah menjejaskan kesihatan manusia .

3. Masalah ini telah menambahkan bebanan kerajaan kerana kerajaan perlu melaburkan banyak wang untuk menjalankan proses pembersihan air dan aktiviti luar seperti ceramah .

4. Air yang yang dicemar akan menjejaskan industri pelancongan kerana pelancong asing tidak berminat untuk melawat ke pantai yang kotor dan bertaburan sampah .

5. Hal ini juga menyebabkan pendapatan nelayan semakin berkurangan kerana hidupan akuatik mati di sungai .

6. Air sungai akan mengeluarkan bau busuk kerana banyak sampah yang bertimbul di atas sungai .

7. Pencemaran air akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit , muntah-muntah , cirit-birit dan demam panas .

8. Tanah akan terjejas kerana kualiti air yang tidak baik .

9. Pencemaran air akan mengakibatkan keindahan alam sekitar terancam .

10. Sayur-sayuran dan buah-buahan tidak segar kerana pencemaran air .


Untuk mengelakkan generasi muda kelak menggunakan air yang tidak bersih , kita boleh menjalankan berbagai-bagai aktiviti untuk mengatasi pencemaran air di negara kita . Kerajaan memainkan peranan yang agak penting dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Persoalan yang terlintas dalam fikiran saya ialah apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran air di negara kita ?


1. Menguatkuasakan undang-undang .

2. Memberikan hukuman berat kepada orang yang mencemrkan air sungai .

3. Menambahkan bilangan tong sampah di sekitar kawasan sungai .

4. Menggantung poster di jalan raya untuk menyedarkan orang awam bahawa betapa pentingnya menjaga air sungai di negara kita .

5. Pihak kerajaan juga boleh menggunakan media massa untuk memaparkan ikan tentang kepentingan air dalam kehidupan kita sama ada mengguanakn televisyen , surat khabar atau internet .

6. Merawat air sebelum menyalurkan air kepada pengguna .

7. Pihak sekolah berperanan untuk menyuntikkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar dengan melancarkan pelbagai aktiviti di sekolah .

8. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara air sungai di negara kita sejak kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya .

9. Memperluas gerakan untuk melakukan penghijauan dalam kehidupan kita .

10. Melakukan intensifikasi pertanian .



Kesimpulannya , air di negara kita semakin mengalami pencemaran . Oleh itu , sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab , kita perlulah bersinergi untuk mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin .


Lampiran








Sabtu, 4 Jun 2016

Kepentingan Air Kepada Manusia


Air Untuk Manusia , Air oleh Manusia



Tuhan telah mewujudkan air di bumi kita . Air telah membawa banyak manfaat dan kegunaan dalam kehidupan kita tetapi sebahagian manusia tidak menggunakan dan memperalatkan air dengan baik . Air merupakan salah satu keperluan asas yang menemani kita sepanjang hayat . Air merupakan sumber yang sangat penting dari dulu sehinggalah sekarang . Oleh itu , kita perlu menggunakan air dengan berjimat-cermat . Hadis ada mengatakan bahawa anak -anak umpama sehelai kain putih , ibu bapa berperanan untuk mencorakkanya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depan . Ibu bapa haruslah menyuntikkan nilai berjimat-cermat dan kepentingan menggunakan air dengan bijak ke dalam sanubari anak sejak kecil kerana bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya , amalan yang baik perlulah dipupuk sejak kecil . Saya akan menggunakan peluang yang keemasan ini untuk menyenaraikan kepentingan air kepada manusia kepada anda melalui blog ini . 

Antara kepentingan air kepada manusia ialah : 




( 1 ) Kita menggunakan air untuk menjalani kehidupan harian dengan memasak . Kita mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan air . Kita juga menggunakan air untuk membuat persiapan masakan .

( 2 ) Kita menggunakan air untuk memandi , memberus gigi , mencuci tangan dan muka dan sebagainya .


( 3 ) Keperluan air sangat penting bagi memajukan bidang pertanian . Kita memerlukan air untuk menyiram hasil tanaman dan pokok bunga . Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan imej negara kerana mengeksport hasil tanaman ke luar .



( 4 ) Kewujudan air juga mendorong bidang perindustrian di negara kita memaju kerana negara kita menggunakan kapal laut atau ferri untuk mengangkut barang-barang yang banyak ke tempat lain atau ke luar negara . Ini telah menjimatkan kos berbanding dengan menggunakan kapal terbang .


( 5 ) Air sangat penting untuk pengushawan kilang makanan dan minuman. Kilang menggunakan air untuk menghasilkan produk mereka .

( 6 ) Air juga dikenali sebagai keperluan asas bagi ketiga-tiga sumber hidup iaitu manusia , haiwan dan tumbuhan . Oleh itu , ketiga-tiga sumber hidup ini tidak dapat hidup  sekiranya air di bumi kita pupus .

( 7 ) Air dikenali sebagai ejen perkumuhan untuk membantu kita melupuskan racun yang terdapat di dalam badan kita . Racun ini akan dibuang keluar melalui saluran kencing kita .


( 8 ) Air dapat membantu kita untuk mengekalkan suhu badan .


( 9 ) Air dapat membantu kita untuk meningkatkan tenaga .


( 10 ) Air dapat membantu kita untuk mencerahkan kulit .





















































Apakah Itu Air


Air Untuk Manusia , Air oleh Manusia



Apakah Itu Air ?

Air adalah substansi kimia dengan rumus kimia H2O, satu molekul air tersusun atas dua atom hidrogen yang terikat secara kovalen pada satu atom oksigen. Air bersifat tidak berbau , tidak berwarna dan tidak berasa tetapi kita boleh mengenainya .Air juga dirujuk di dalam sains sebagai pelarut universal dan hanyalah satu bahan yang tulen secara semula jadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim .  Air boleh wujud dalan tiga keadaan iaitu pepejal , cecair dan gas . Air telah meliputi 70% daripada permukaan bumi . Tubuh badan manusia terdiri daripada 75 peratus air manakala selebihnya 25 peratus adalah bahan pepejal .Selain itu , ais terbentuk adalah 8% lebih ringan daripada air dalam bentuk cecair .Di samping itu , air mempunyai tegangan permukaan yang paling tinggi di kalangan cecair yang wujud di bumi . Takat suhu beku air adalah 0°C  dan takat didih air adalah 100°C. Kami menggunakan air untuk minum dan menjalankan kehidupan harian .











Khamis, 2 Jun 2016

Langkah-Langkah Untuk Menjimatkan Air


"Kita tidak dapat hidup tanpa menggunakan  air" . Ayat ini sering dilaungkan-laungkan oleh pihak-pihak yang berkuasa  dan orang awam  tetapi orang yang menghargai air di bumi ini tidak ramai . Oleh itu , apakah peranan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab untuk menjimatkan air dalam kehidupan harian kita ?


Antara langkah-langkah untuk menjimatkan air dalam kehidupan harian ialah : 



( A ). Menutup pili air semasa memberus gigi .

( B ). Menggunakan air yang mencuci beras untuk mengiram pokok bunga atau membersihkan longkang .

( C ). Menutup pili air apabila tidak digunakan .

( D ). Periksa saluran-saluran air yang ada di seluruh rumah kita, jika ada paip yang rosak atau saluran yang bocor sekecil mestilah segera diperbaiki.

( E ). Menggunakan tangki tadahan hujan untuk menyimpan air hujan supaya dapat mengurangkan kos penggunaan air . Kita boleh menggunakan air hujan yang dikumpul untuk menjalankan aktiviti seperti  menyiram pokok bunga , mencuci tangan , membersihkan longkang , bermandi , mengemop lantai , mencuci sayur-sayuran , mencuci kereta atau motosikal dan membasuh pinggan .

( F ). Menetapkan jangka masa semasa memandi untuk mengelakkan pembaziran air . Kurangkan masa madian .

( G ). Kita boleh menyiram pokok pada waktu malam untuk mengelakkan pemelewapan .

( H ). Tutup paip pancuran semasa menyabun badan .

( I ). Jangan selalu menggunakan alat perenjis air dalam kebun sayur kerana ia akan menyebabkan pembaziran air yang banyak . 

( J ). Menanam tumbuhan hiasan yang memerlukan air yang kurang seperti kaktus . 

( K ). Penuhikan mesin basuh . Penuhi mesin basuh dengan pakaian yang hendak dicuci .

( L ). Melaporkan kepada pihak yang berkuasa apabila mendapati kebocoran paip air di rumah .

( M ). Lakukan cucian sekalis gus . 

( N ). Kurangkan kekerapan mencuci kereta .

( O ). Menyediakan segelas air untuk untuk memberus gigi untuk mengelakkan pembaziran air . 

( P ). Menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian . 

( Q ). Gunakan pancuran mandi bertekanan rendah .

( R ). Menggunakan syampu atau sabun yang kurang berbuih . 

( S ). Meletakkan bekas di bawah basuh bunga untuk mengelakkan air keluar daripada lubang saliran pasu bunga . 

( T ). Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak di kawasan rumah anda .

( U ). Meletakkan mangkuk di bawah paip air yang bocor supaya air tidak membazirkan .

( V ). Sentiasa memeriksa alat penghawa dingin di rumah supaya tidak mengeluarkan titisan air .
( W ). Mengisikan air di dalam baldi untuk mencuci kereta .
( X ). Mengelakkan menggunakan sabun untuk mencuci kereta sekiranya kereta masih berada dalam keadaan yang bersih kerana penggunaan sabun yang banyak akan menyebabkan pembaziran air .
( Y ). Mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam baldi .
( Z ). Sekiranya anda menjatuhkan kiub ais di atas lantai , jangan membuang kiub ais tersebut sebaliknya meletakkan ke dalam pasu bunga .



Bulan sudah terang , air lagi jernih , kita perlu mengamalkan INGAT SEBELUM KENA , JIMAT SEBELUM HABIS untuk menggunakan air dalam kehidupan harian kita . Kita jangan memandang hina terhadap isu ini kerana air merupakan salah satu sumber yang sangat berharga dan penting dalam kehidupan kita dan kita tidak dapat hidup tanpa menggunakan air . Sudah terang lagi bersuluh , saya berharap agar 26 cara ini dapat membantu anda untuk menjimatkan air dan marilah kita sehilir semudik untuk mengamalkan tabiat penjimatan air dalam kehidupan harian kita . 



Sekian , terima kasih .